Thursday, January 20, 2011

Permulaan Suatu Kembara


Assalamualaikum semua,

Hari ini, Khamis 15 Safar 1432H bersamaan 20 Januari 2011 dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim, bermulalah kembara saya sebagai seorang blogger :)

Sebelum ini sahabat-handai, kaum keluarga, putera-puteri kesayangan dan partner in life semuanya telah lama up-to-date dengan blog dan FB masing-masing. Tetapi saya masih belum terpanggil untuk berblog dan berFB seperti mereka (mungkin sebab saya ni skema sikit kot).

Sehinggalah apabila pada suatu hari saya dikejutkan dengan keinsafan yang menuntut agar BERTINDAK untuk membaiki diri menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya mengikut arus. Walaupun sukar, mesti dilakukan juga. Tujuannya hanya satu - bagi meraih tempat di jannah Allah dengan rahmat dan kasih sayang Nya.

 "Orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain"
Ungkapan di atas saya dengar buat pertama kali melalui radio IKIM.FM. Ketika mendengarnya saya menyedari bahawa inilah jalan untuk menjadi insan terbaik bukan sahaja di mata manusia tetapi yang paling utama di hadapan Allah SWT.
  
Maka lahirlah blog ini yang saya namakan KembaraInsan. Kembara ini membolehkan saya berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ada agar dapat dimanfaatkan bersama. Walaupun diri ini banyak kekurangan dan kelemahan, saya tetap yakin bahawa kita semua mempunyai sesuatu yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama. Kadang-kadang kita dihambat rasa segan untuk berbicara kerana pelbagai sebab sehingga kita terlupa untuk menyahut seruan Rasul SAW...

"Sampaikanlah daripada ku walau sepotong ayat."
Berbekalkan semangat itu saya mula bertatih dengan KembaraInsan. Semoga saya istiqamah dengannya.

Akhir kata Salam Perkenalan daripada saya.

No comments:

Post a Comment