Salam semua,
Baru-baru ini saya berhasrat untuk menjadi Cikgi di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi. Maka dengan penuh semangat untuk menjadi guru cemerlang saya pun menemuramah bonda untuk mendapatkan nasihat beliau. Antara yang paling saya nak tahu ialah bagaimana mendisiplinkan anak-anak murid dan memastikan mereka patuh kepada arahan.
Bonda adalah seorang guru yang berdedikasi dan passionate kepada kerjayanya. Beliau adalah kelompok guru yang akan all out untuk memastikan anak muridnya berjaya. Kata beliau, guru mesti tegas bukannya garang. Kata bonda lagi...

"Kalau kamu berjanji sesuatu kepada murid terutamanya yang berbentuk ugutan bagi memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah atau apa sahaja yang diarahkan, pastikan janji itu munasabah dan kamu boleh lakukannya."
"Sekali kamu berjanji dan tidak lakukan, murid akan mula hilang rasa takut dan hormat kepada guru. Semakin sukarlah guru hendak memastikan anak murid melakukan apa yang disuruh."
"Guru akan mula hilang kawalan terhadap kelasnya apabila dia terpaksa menjerit di tengah-tengah keriuhan anak murid untuk mengawal kelas."
Sebenarnya bukan sahaja untuk guru, kita sebagai ibu bapa juga perlu bersikap tegas sedemikian. Saya akan berkongsi sedikit eksperimen mengenai ketegasan yang saya buat kepada anak-anak saya di post seterusnya. Memang berkesan!
Sama-samalah kita renungkan. Sehingga berjumpa lagi.

No comments:
Post a Comment